Sulit
2 tahun
Haid yang berterusan selepas 7 hari
Sy 22 tahun . Sy da berkhawin hujung tahun lepas . Nak dijadikan cite 16/8/2021 sy di sahkan positive covid 19 . Setelah 2 hari sy menjalani kuarintin sy dtang haid , padahal 4/8/2021 sy sudah dtang haid . Dan haid kali ini berlarutan lepas 7 hari spatutnya haid berhenti . Adakah ini normah ? Atau ketidakstabilan hormon ?
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid berpanjangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks -
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menghabiskan kuarantin terlebih dahulu supaya jangkitan Covid-19 anda tidak merebak ke kalangan orang ramai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.