
Sulit
4 tahun
Haid yang lama sehingga hampir 2 bulan
Hai saya berumur 20 tahun. Saya mengalami haid yang lama hampir 2 bulan. Saya sudah bertemu dengan pakar sakit puan dan diberikan ubat norethisterone. Tapi tetap keluar darah semasa saya makan ubat ini. Saya juga sering merasa sakit dibahagian ari2 dan perut dengan kerap. Adakah saya perlu melakukan pemeriksaan hospital semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lama.Masalah ini dapat berpunca daripada:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran .
Sebelum suatu diagnosis ditetapkan, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperluka. Sekiranya gejala perdarahan yang anda alami menetap sehingga ke hari ini dan ditambah pula dengan kesakitan di ari-ari yang begitu kerap, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!