Sulit

4 tahun

Haid yang lama tidak datang membimbangkan remaja

Saya remaja yg berumur 19 tahun . Saya mengalami kitaran haid yg tidak teratur . Haid pertama saya adalah ketika saya berumur 13tahun pada pertengahan bulan 9 atau 10 mcm tu . Pada saya berumur 15 , haid saya mula tidak teratur kadang² 2 bulan sekali. Ketika 16 tahun 4 bulan sekali. Bagi saya itu adalah perkara biasa kerana saya mengalami stress dan itu adalah salah satu faktor kenapa haid saya tidak teratur. Pada umur saya 17 tahun haid saya yg terakhir pada hujung bulan januari dan selepas tu tidak datang sehingga larh ke hari ini. Dalam tempoh haid saya tidak datang , saya ada berjumpa dengan doktor sebanyak tiga kali , kali pertama doktor ada memberikan saya pil berwarna pink, saya xpasti pil apa . Doktor kata jika dalam masa seminggu saya makan ubat tu dan haid tidak datang dia minta saya kembali ke klinik semula, bila saya kembali doktor lain yg menguruskan saya dan berkata itu adalah perkara biasa bagi remaja. Bila haid saya dalam masa 3 bulan tak datang saya pergi ke klinik lagi dan hasil yang saya dapat adalah sama dari perjumpaan yg kedua iaitu normal utk remaja . Hal ini membuatkan saya rasa kecewa utk pergi ke klinik tapi dalam masa yg sama saya sangat risau. Boleh dikatakan saya sudah hampir 2tahun 9bulan haid saya tidak datang . Saya tidak berani untuk makan mana² ubat lagi.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang tidak teratur serta haid yang tidak datang setelah berlalu 2 tahun lamanya. Untuk makluman anda, ia adalah perkara yang normal dihadapi oleh segelintir wanita sekiranya perkara itu berlaku selama sekurang-kurangnya sebelum satu tahun. Oleh itu, masalah haid anda adalah boleh disebabkan oleh penyakit yang serius dan perlu diambil langkah untuk merawatnya.

Kemungkinan ubat yang diberi pada perjumpaan doktor kali pertama adalah ubat pil perancang yang dikatakan boleh membantu untuk mengeluarkan haid, kerana ia memiliki hormon wanita seperti estrogen dan progesteron. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa masalah anda ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh organ reproduktif anda.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Walaubagaimanapun, rawatan tersebut tidak memberi kesan kepada situasi anda. Oleh itu, kami berpendapat bahawa anda mempunyai masalah yang berikut:

  • Masalah rembesan hormon wanita yang boleh disebabkan oleh keturunan atau faktor-faktor am seperti obesiti, senaman berlebihan, berat badan terlalu ringan ataupun gangguan stres.
  • Penyakit sista ovari atau dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Ini akan mengganggu kesuburan anda
  • Ketumbuhan fibroid atau polip yang mengganggu aliran darah haid
  • Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
  • Masalah tiroid. Anda mungkin akan mengalami masalah metabolisma (penurunan berat badan mendadak) ataupun degupan jantung laju
  • Kurang lemak dalam badan
  • Masalah pituitari seperti ketumbuhan.
  • Penyakit Cushing, iaitu sejenis penyakit metabolisma badan.
  • Kanser ovari.

Kami sarankan anda merujuk penyakit-penyakit ini terhadap doktor anda sekali lagi dan sila berikan informasi lebih lanjut mengenai gejala haid yang tidak datang yang berlaku terhadap anda setelah sekian lama. Sementara itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta berat badan yang seimbang bagi mendapatkan semula kitaran haid anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
irregular-periods

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)