
Sulit
3 tahun
Haid yang menyakitkan
Hello doctor,So i wanna ask,saya gadis 20 tahun,saya rasa sebelum umur saya 17 period pain saya still sakit tapi dia rasa sakit cramp yg kat pingang biasa dan saya tak pernah makan ubat waktu tuh.then,17 keatas and saya boleh cakap makin lama period pain saya makin worst,dan saya tak rasa period cramp kat pingang,saya rasa sakit menjalar di bahagian tengah dari atas sampai di bahagian pusat.rasa sakit juga menjalar di bahagian kiri.sakit sangat sampai kadang rasa nk pitam,dan rasa tak mampu berjalan. Sekarang saya makan ubat period pain,tapi soalan saya normal ka utk rasa sakit yg bukan cramp kat pingang setiap kali period plus it gotten worse everytime? Thank you in advance.may god bless you.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- perubahan hormon
- endmetriosis
- fibroid dalam rahim
- jangkitan pada organ reproduktif
- adenomyosis
Anda boleh mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan kesakitan seperti:
- menggunakan pad panas
- memandi dengan air pada suhu yang suam
- bersenam selalu
- memakan makanan yang lebih berkhasiat
- memakan vitamin
- kurangkan pengambilan gula dan kaffein
Namun begitu saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan kondisi anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!