Sulit
3 tahun
Haid yang panjang dan tetap
Sy seorang isteri yg bekerja berusia 42thn dan mempunyai 4 org ank. 2.9 sy dtg haid selama 15 hari tempoh yg panjang dlm sejarah sblm ni hanya 12 hari kitaran 29hari dan tetap. Haid yg panjang semenjak usia 40an sblm itu 5 @ 7 hari. Dalam tempoh tersebut bilakah waktu subur saya? Jika dikira 1.10 sy akan dtg haid kembali sehingga kini sy masih blm dtg haid. Sy hanya merancang sendiri. Sekiranya ujian didapati sy pregnant dimanakan sy bole dptkan pil Mifepristone @ Misoprostol? Sy dan suami buntu memandangkan masing2 telah berusia. TQ
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, hari seorang wanita subur adalah di antara hari 11-16 kitaran haid. Mifepristone dan misoprostol yang digunakan untuk menggugurkan anak adalah perkara yang dilarang di Malaysia, anda perlu berjumpa dengan pakar sakit puan jika anda ingin melakukan pengguguran dengan sebab-sebab tertentu. Mengenai haid tidak teratur anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Pra-menopaus
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!