
Sulit
3 tahun
Haid yang sedikit-sedikit
Saya wanita berumur 32 tahun.masalah saya adalah tahun lepas saya baru sudah bersalin pada bulan November tahun 2020.terus saya mengambil suntikan perancang keluarga.hampir 4 bln sya datang haid yang sedikit sedikit tapi setiap hari.1 bln ya tidak datang dan sekarang ya datang lagi setiap hari tapi sedikit sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai masalah haid yang berpanjangan tapi dalam kuantiti yang sedikit, adakah ini betul? Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
Gejala haid berpanjangan juga boleh berlaku akibat masalah yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.