aishahrom318
6 tahun
Haid yang sudah lama tidak datang
salam.saya aisyah berusia 18 tahun.saya nk tanya saya sudah lama tidak datang haid, last haid pada 17/7 sehingga ke harini tidak datang haid.Saya mula risau.saya mempunyai berat badan yang berlebihan dan sejak dua menjak ini saya sering sakit perut seperti mencucuk sehinggakan saya tidak cukup tidur menahan kesakitan.saya ada buat ujian air kencing dan ujian darah tiada pula simptom hamil.adakah saya ada penyakit doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Manakala sakit perut yang anda alami dibawah perut sehingga ke belakang pinggang boleh disebabkan jangkitan saluran air kencing, batu karang, sindrom pra-menstruasi atau endometriosis. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























