
Sulit
5 tahun
Haid yang telah lebih dari 15 hari
Saya wanita berumur 19 tahun dan masih belajar dan sekarang saya mengalami haid 16 hari sehingga skrg…darah yang keluar coklat dan kuantiti yang skit dari hari pertama hingga hari ke 16 …adakah saya mengalami istihadah atau sebaliknya?sebab sebelum ni normal sahaja. Apakah yang patut saya lakukan dan adakah ini salah satu cara pemakanan saya yang tidak seimbang…mohon nasihat dari doktor…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.