Sulit
6 tahun
Haid yang tidak berhenti
Sya wanita umur 23thn, Dan sy megalami period yang tidak pernah berhenti seperti biasa… Before this dalam 1month sy cuma period 1kali, But aftr that period sy tidak normal, Sy start period tidak teratur ni dalam awal bulan 4, Awal bulan 4 sy period 2kali dalam masa 1 bulan, Then the next month pun sama juga sehingga bulan 6, Start bulan 7 dlm 1bulan cuma bhnti 2-3hari saja then dtang balik… Tp darah sy tidak banyak keluar, Ada masa dia datang banyak dan ada masa tak banyak, Start 30 sept darah sy bnyak kluar sehingga 5hb dan stop keluar sehingga 13oct, Then today on 14oct period sya datang balik tapi sikit ja tdk bnyak… Mohon pertolongan dari doctor,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































