Sulit
4 tahun
Haid yang tidak normal and selang 11 hari saya period lagu
Saya wanita berusia 25 tahun. Saya mengalami abnormal period dimana akhir bulan 2 sehingga awal bulan 3 saya period selama 12 hari. Pada masa ini, saya kerap rasa nak buang air kecil dan darah Period akan keluar berketul ketul. Pad hanya akan kotor sikit2 atau xkotor langsung. Pada hri ke 7, dah habis kemudian selang sehari ada darah coklat dan kejap ada kejap xde sehingga hari ke 12. Kemudiannya pada hari ini which is hari ke 11 from last period, saya period lagi and darah bnyak mcm hri period yg pertama… saya bru mengambil folic acid selama 4 hari prior to marriage. Jadi boleh saya tahu keadaan ini membahayakan atau x dan apa step saya perlu lakukan if it is abnormal. Terima kasih 
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala ketulan darah yang dialami secara tiba-tiba dan diiringi dengan perubahan warna boleh dikaitkan dengan
- kitaran haid yang tidak teratur
- ketulan darah haid
atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti
- Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Tanda-tanda keguguran
- atau gangguan organ wanita yang lain.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Diharapkan juga anda tidak melakukan hubungan bersama suami semasa haid, kerana ia adalah amalan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan jangkitan kelamin mudah berlaku.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























