Sulit
5 tahun
Haid yang tidak teratur dalam masa 5 bulan
Salam sejahtera… Haii dkter… Saya wanita yg berumur 28tahun dan belum berkahwin… Saya selalu haid tidak teratur…dan paling lambat pun 3-4 bulan… Tetapi bila saya kira sudah 5 bulan saya tidak dtg haid… Adakah ini normal? Dan ubat apakah yg bole disarankan kepada saya sbelum saya menemui dkter??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui punca sebenar dan ubat-ubatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























