
Sulit
4 tahun
Haid yang tidak teratur dan telah lama tidak datang haid
saya wanita dan berumur 21 tahun. saya sudah lama tdk dtg haid. seingat saya last dtg haid waktu bulan 3 2020 rasanya. dan selepas itu langsung tidk dtg haid sehingga hari ini. blh saya tau apa masalahnya ? adakah sbb berat badan yg mendadak naik ? kerana saya perasan ketika berat saya mencecah 100 haid saya sudah mula tdk teratur… tapi sebelum itu jg saya sdh mengalami masalah haid keluar sedikit. cthnya mcm haid sy dari hari 1 hingga hari ke 4 sahaja. itupun hari ke 4 sangt sedikit seolah seolah sdh kering. adakah itu normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mengawal kitaran haid anda adalah:
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan diet yang seimbang
- Mengurangkan berat badan
- Mengelakkan perkara yang menyebabkan anda stres atau tertekan
- Mendapatkan rehat yang cukup
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada keadaan anda ini normal ataupun tidak berdasarkan soalan sahaja. Pertanyaan dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.