
Sulit
5 tahun
Haid yang tidak teratur tolong saya
Saya zira umur 22 tahun. Saya mengalami haid tidak teratur adakala haid saya 23hb adakala 27 dan 30hb…dan sekarang saya belum haid. 29/9/19 haid saya datang dang berakhir sekitar 7 atau 8 hari… Sekarang saya mengalami cirit birit. Sebelum itu jika haid first day haid saya sengugut yg tersangat2 sakit. Saya belum berkahwin dan saya tidak melakukan sebarang intim. Di bahagian bawah perut kanan saya sakit sudah lama. Adakah eefect pada sakit itu yang membuatkan kitaran haid saya tidak teratur?? Saya berasa risau dan pelik… Tetapi lubang pada vagina saya terbuka

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, harus diketahui bahawa kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak teratur apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Memandangkan haid terakhir anda adalah pada 29/92019, maka apabila dihitung sehingga ke hari ini adalah 39 hari. Justeru, boleh dikatakan haid anda telah lewat 1 hari. Hal ini boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.