
Sulit
4 tahun
Haid yg berpanjangan Selama 3 bulan pada kadar yg sedikit
Sy wanita umur 18 tahun. Sy mengalami haid berpanjangan selama 3 bulan berturut turut tapi pd kadar yg sedikit. Seblm ni peenh mengalami bende yg sama, dah jmpa doktor. Lps mkn ubat Ok beberapa bulan. Lps tu jd semula. Sy nak tau ap punca dan ap yg ptut sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti
- Berat badan berlebihan
- Mengambil perancang keluarga (pil, suntikan, implan atau IUCD)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukannya dan juga doktor pada masa hadapan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari manakala tempoh haid atau pendarahan pula adalah di antara 2 hingga 7 hari.
Usah berlengah dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pening kepala
- Pucat
- Lemah dan lesu
- Pitam
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.