
Sulit
5 tahun
Hal berkaitan lelaki
Hi Dr…saya lelaki yang berumur sekitar 20tahun.Saya ingin menanyakan soalan ini kepada Dr…Saya sering mengalami masalah yang mana keluarnya satu bentuk cecair yang pekat dan melekit ketika hendak membuang air kecil(kencing)…kalau air wadi ia hanya keluar pada waktu seseorang itu mengalimi keletihan selepas mengangkat sesuatu benda yang berat barulah keluar air ini di ketika hujung kencing,tetapi saya keluar semasa tidak melakukan apa apa benda berat.dalam seminggu itu akan keluar 1,2kali air yang macam itu…boleh Dr terangkan air apa dan mengapa ia keluar…Terima kasih!!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi, pada pendapat saya, ianya mungkin tidak merujuk kepada apa-apa masalah perubatan. Ianya mungkin hanya perkara biasa. Maka anda jangan terlalu risau.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.