Sulit

2 tahun

Halusinasi (lihat, dengar, rasa), Lengan lebam-lebam kegatalan, kulit menggelupas

Nenek saya berumur 83 tahun mengalami halusinasi hampir 3 atau 4 bulan dah. Sering mendengar benda pelik-pelik seperti orang mengaji, menyanyi, bergaduh dan lain-lain. Melihat orang yang kami tak nampak. Setiap hari nampak sesuatu merayap dekat tangan, mata, telinga, rambut dan kuku. Nenek korek mata dan telinga sampai luka dan melecet telinganya. Tangan tak berhenti mengutip benda tu.
Sampai minta kapas untuk sumbat telinga takut benda tu masuk. Kadang minta plastik sarung tangan supaya benda tu tak keluar. Dan kadang minta lighter nak bakar benda tu. Kadang2 kami melihat nenek seolah2 makan sesuatu. Bila ditanya makan epal… Kutip roti canai. Kadang2 nmpak ulat besar.

Yang kedua lengan nenek dah lebam gatal-gatal asyik menggaru. Kulit nenek menggelupas hampir seluruh badan.

Keadaan nenek sekarang tak boleh berjalan. Tak boleh orang angkat sebab kalau angkat lebih menyakitkan. Nenek jenis tak suka pergi klinik. Last pergi klinik awal tahun haritu dan masa tu masih boleh berjalan gunakan tongkat.

Ingatan nenek masih kuat. Masih ingat hari, ingat orang, ingat zaman silam cuma penglihatan dan pendengaran nenek dah tak jelas dah.

Selama ini kalau sakit ke apa, nenek akan makan ubat tahan sakit je. Pastu ada alergi makanan.

Soalan saya doktor, apa yang saya boleh buat untuk membantu mengurangkan sakit nenek saya ? Kami selalu beritau benda-benda tu takde. Dan nenek saya anggap benda2 ni syaitan yg menganggu. Tapi dia masih mengutip bnda2 tu.

Pastu pada kulit yg lebam dan gelupas tu kami sapukan aloevera. Tapi tiada perubahan… Mula-mula gatal tu, tangan dan lengan nenek gatal sampai bengkak belah kiri sahaja. Tapi kedua dua belah lengan lebam dan gatal.

Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala nenek yang anda terangkan tersebut boleh disebab oleh beberapa masalah gangguan mental. Contohnya penyakit kecelaruan delusi, skizofrenia, psikosis, kecelaruan personaliti dan selainnya. Untuk mengetahui punca penyebab masalah ini, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor psikiatri dengan lebih lanjut.

Banyak klinik dan hospital kerajaan atau swasta seluruh Malaysia mempunyai Jabatan Psikiatri tersedia, nenek anda boleh jumpa sesiapa doktor kedekatan atau beliau minat. Pakar akan menjalani sebarang periksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala nenek anda dan bantu mengatasinya.

Kami berharap jawapan kami membantu anda.

Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.
doctor-563428_640%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)