
Sulit
4 tahun
Hamil 2 minggu mula bacaan positif,tetapi telah mkn pil turun darah dan buat urien test jadi negatif tetapi darah masih tak keluar
Assalam Doc
Saya Sam age 41 tahun tidak dtg period,dlm masa seminggu saya buat prenant test sendiri positif ( saya mkn pil perancang dah 5 tahun).jumpa doc pon positif juga.Tapi saya taknak teruskan prenant sebab anak dah 4 org dan doc penah nasihatkan saya utk tidak prenant lagi.so saya telah mkn ubat turun kan darah.dah masuk seminggu lepas makan ubat tersebut,masih darah tak turun. Perlu ke saya buat cuci. Mohon doc bantu saya😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran atau makan sebarang pil ubat dengan sendiri tanpa pemeriksaan daripada doktor kerana ianya berbahaya dan dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan anda.
Untuk mengatasi masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.