
Sulit
3 tahun
Hamil atau period?
Saya remaja berumur 18 tahun , period saya tak datang hampir 3 bulan tetapi setiap bulan pastu saya akan mengalami cramp seperti period cramp walaupun tiada darah haid … dan saya telah melakukan seks pada bulan yg ketiga ( masih tak datang Bulan ) menggunakan kondom , tetapi saya rasa kondom bocor . Jadi selepas itu saya makan postinor 2 biji 1 tablet sekali gus . Dan selepas 10 hari , vagina saya mengeluarkan darah seperti tompokan berwarna coklat gelap … adakah ia tanda kehamilan ataupun darah period ? Saya baca tanda ii awal hamil seminggu tapi tiada simpton seperti yg diberitahu …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, haid terlewat boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, PCOS dan lain
- Ketidakseimbangan hormon
Selain itu, pengambilan postinor pil mengandungi hormon, mungkinnya akan menyebabkan kesan keluar darah seperti period (spotting), bukan tanda kehamilan.
Untuk mengetauhi punca penyebab haid terlewat anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.