
Sulit
4 tahun
HAMIL ATAU TIDAK kerana period lambat dan kemcing kotor
hi doktor… sy sudah lewat period 3 hari dari tarikh sebenar sy period … dan sekrang sy mengalami kencing tidak lawas/berbau/kotor… sy sudah membuat ujian UPT susulan period sy lewat tetapi result sy negtive hamil …1) adakah disebabkan kencing sy kotor result UPT sy -ve ?.. dan yg ke dua 2) adakah kencingsy kotor yg menyebabkan period sy lewat? mohon pencerahan doktor … terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterengan yand beri oleh anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kencing berbau dan kotor serta mengalami kelewatan haid walaupun UPT telah menunjukkan ia adalah negatif. Kedua-dua gejala ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Untuk makluman puan, gejala haid yang lambat boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada salur kencing (Urinary tract infection) dimana gejala UTI ini boleh menyebabkan satu tekanan stres pada badan dan ia boleh menyebabkan ovulasi berlaku lebih lambat
Namun, terdapat beberapa sebab lain yang boleh menyebabkan kencing kotor dan berbau:
- Permakanan yang kurang sihat
- Jangkitan bakteria pada salur kencing
- Kencing manis
Bagi kelewatan haid pula, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan atau berat badan yang terlalu ringan.
- Masalah tiroid
- Kencing manis
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Penyakit kronik yang lain
- Penggunaan kontraseptif.
Untuk mengetahui lebih lanjut, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda dan menjalani ujian dan siasatan kesihatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian mengenai masalah yang anda hadapi dengan lebih lanjut.
Terima kasih.