
zulhilmitarmizhi
5 tahun
Hamil atau tidak pasangan saya ini
Saya ingin bertanya saya menjalani hubungan intim dgn pasangan 3 minggu lepas. Tetapi saya tidak memasukkan alat kelaminan saya ke vigina pasangan. Ejukasi hanya berlaku di luar. Adakah besar kemungkinan pasangan saya akan hamil atau perlu rujuk pada kitaran haid pasangan terlebih dahulu. Mohon bantuan terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekiranya tiada penetration (memasukkan alat kelamin ke dalam vagina) berlaku, risiko untuk hamil adalah tiada. Namun sekiranya penetration berlaku tetapi ejakulasi dilakukan luar dari vagina, risiko untuk hamil itu masih ada.
Merujuk pada kitaran haid pasangan anda untuk menentukan sekiranya dia hamil adalah tidak tepat. Ujian lain seperti ujian kehamilan melalui air kencing (UPT). Ujian ini digalakkan untuk dilakukan selepas 2 minggu kitaran haid lewat. Sekiranya positif, sangat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.