
Sulit
5 tahun
Hamil dan ada High grade intraepithelial lesion
Sy wanita usia 27tahun.sudah berkahwin sekitar 2 tahun 6 bulan.pernah keguguran setahun lepas. Dh buat hsg 21/8/2019 dan keputusannya tiub sy dua2 tersumbat .dan pada 17/10/2019 sy disahkan ada HSLI . Pada 18/10/2019 sy cek upt positif dan lewat period selama 11 hari. Soalan sy .adakah HSLI mengancam kandungan ? Adakah sy berkemungkinan hamil luar rahim kerana keputusan hsg adalah kedua tiub tersumbat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kondisi HSLI ini berkemungkinan akan menyebabkan masalah semasa anda melahirkan anak, ianya juga bergantung pada progressi penyakit dan sebarang perubahan gred penyakit ini akan menyebabkan isu-isu untuk kelahiran. Bagi masalah kesumbatan tiub, ini juga berkemungkinan untuk menyebabkan hamil luar rahim, namun, ini boleh dikesan dengan menggunakan Ultrasound semasa anda berjumpa dengan doktor di klinik. Oleh itu, anda seharusnya berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan yang penuh supaya pelan-pelan boleh dirancang bagi kehamilan kali ini.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.