
Anonymous
6 tahun
Hamil selepas keguguran sebulan
Assalamualaikum… Maaf mnganggu sy ingin bertanya… Seblom ini sy pernah keguguran tp selepas berpntang selama 14 hari sy mula bersama kembali dgn suami dan sekrg sy dh hmpir sebulan setgh xdtg haid… Dan mendapati prut sy kembali krem n mula berasa mual n mntah2 sma sperti ketika hamil dlu…sy ingin bertanya Bolehkah sy hmil semula selepas mengalami keguguran sejak sebulan lebih yg lalu???

6 tahun
Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan ini.
Sekiranya anda tidak mengambil sebarang pil perancang keluarga, secara teorinya kehamilan boleh berlaku pada mana-mana hari selepas keguguran. Walaubagaimanapun, tempoh kesuburan seseorang wanita itu adalah kira-kira dari hari ke sembilan hingga ke hari ke empat belas dalam kitaran haid.
Anda juga mengatakan bahawa anda berasa perut krem dan mual muntah. Namun, sekiranya terdapat kehamilan hasil hubungan kelamin anda dan suami, simptom-simptom dan tanda-tanda kehamilan hanya akan berlaku selepas 5 atau 6 minggu anda hamil. Anda mungkin tidak akan datang haid untuk satu bulan, loya, muntah-muntah, payudara menjadi besar dan sakit, kerap ke tandas untuk membuang air besar dan letih.
Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih