
Sulit
5 tahun
Hamil tetapi keluar darah
saya wanita berumur 22 tahun . hamil tetapi kluar darah . pada 14/12/19 - 20/12/19 saya period dan pada 25/12/19 peranakan saya sakit malam pada hari yg sama keluar darah sedikit . keesokan harinya darah masih kluar dan malamnya pula darah tiada . 27/12/19 - 28/12/19 (hari ini) darah masih kluar . tetapi yg membuat kan saya musykil saya cuba buat pregnant test pada 26/12/19 pagi dan keputusan nya positif 2 line . petang lebih kurang 3.40 saya cuba utk kali ke 2 pada hari yg sama keputusan yg sama positif 2 line dan keesokan hari nya 27/12/19 saya cuba buat kali ke 3 masih positif 2 line cuma kabur . apakah maksud utk permasalahan saya ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menurutt hasil UPT, jelas disini bahawa puan sedang berada dalam minggu kehamilan awal. Untuk makluman pihak puan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) yang terjadi dalam bentuk spotting boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan.
- Pasca persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Namun, sekiranya perdarahan yang lebih banyak serta disertai daging terjadi pada usia kehamilan lewat daripada 2 minggu, ia mungkin adalah akibat masalah yang lebih serius seperti:
- Jangkitan kuman
- Kehilangan kehamilan awal
- Kehamilan ektopik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.