
sufydanni
5 tahun
Hamilkah saya dan kegugurankah itu? Saya konfius
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya test upt sendiri dan ianya positif tp samar2 pd 27/5. Jika sy hamil dalam 6minggu. Semalam 29/5 saya mengalami pendarahan. Saya telah pergi RESAT(askar) dan di sana saya buat test sekali lagi malangnya ia negatif. Sebelum tu, doktor telah scan dan dapati hanya nampak dinding tebal sahaja di rahim dan kantung pun tak ada. Pendarahan di pad tak banyak sangat cuma dibahagian faraj yang banyak. Semalam ada keluar sedikit macam cebisan kulit. Apakah itu doktor? Adakah saya perlu jumpa doktor swasta pula? Tapi tak ada rasa kekejangan di bahagian bawah. Terasa pendarahan makin laju je hari ini 30/5. Saya konfius adakah saya hamil dan masa yang sama mengalami keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, pendarahan kecil atau spotting adalah biasa berlaku pada trimester pertama kehamilan. Namun, pendarahan yang kerap dan berterusan haruslah dirujuk kepada doktor dengan segera.
Mengenai kandungan puan yang tidak kelihatan, saya sarankan agar puan berjumpa dengan Doktor sakit puan dan berbincang untuk membuat ujian kehamilan yang lebih tepat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.