
Sulit
4 tahun
Hampir 3 tahun tak datang period selepas ambik suntikan depo
Saya berumur 34tahun…selepas bersalin anak ke3 pada bln 3 2018 saya telah mengambil perancang keluarga jenis suntikan depo. Sejak dr itu period sy x pernah datang. Sekarang sy telah stop perancang selama 1 bln tetapi period tetap x dtg. Sy masih menyusukan anak. Apa yg perlu sy buat untuk dtg period kembali?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda tidak lagi haid atau berlaku perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid juga boleh berpunca dari:
- kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.