firion.kirz
6 tahun
Hampir sebulan tak period
Selamat sejahtera. Saya berumur 26 tahun dan baru berkahwin 6 bulan yang lalu. Period saya regular dan buat masa ini saya dalam TTC (trying to conceive). Sejak berkahwin tu, period saya memang kadang lewat 2 ke 6 hari dan ada juga awal datang seminggu. Ini disebabkan perubahan gaya hidup saya yang sedang bekerja di restoran pada ketika itu. Tetapi untuk kitaran haid kali ini dah hampir sebulan ianya tak datang. Kali terakhir saya datang haid iaitu pada 14hb April. Saya sekarang tidak bekerja lagi dan tidak mengambil apa-apa supplements ataupun ubat-ubatan. Saya dah cuba check upt pada 2hb Jun (bila period lewat 2 minggu) dan keputusannya adalah negatif. Simptom yang kerap saya alami adalah sakit kepala berdenyut tanpa sebab hampir setiap hari, perut cramps, sesak nafas dan asyik rasa mual tapi tak mahu muntah. Boleh doktor jelaskan apa masalah yang saya lalui ini? Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.




























