
Anonymous
6 tahun
Hari pertama selepas habis haid
Saya berumur 30 tahun saya ingin bertanya pada doktor adakah normal sekiranye darah yg keluar dari faraj selepas bersama suami iaitu selepas hari pertama haid kering dan suami mendatangi saya (waktu kering belah petang dan dapati berdarah kembali pada waktu mlm selepas hubungn seks ) adakah sebb saya belom betol2 kering dari haid atau darah dari seks yang sedikit kasar atau kurang pelincir dari faraj saya dan rase sedikit pedih selepas itu,terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah perdarahan setelah berhubungan yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perdarahan dari rahim yang normal
- kurang lubrikasi sehingga menyebabkan luka
- infeksi pada pangkal rahim
- polip pada pangkal rahim
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih