Sulit
3 tahun
Hari tu UPT Positif but tadi UPT Negatif
Saya wanita berusia 24, saya last period 24 Nov 2020 pada mulanya (17 Dis 2020) saya ada keluar darah warna coklat sangat sikit macam calitan selama 3 hari…
Dalam beberapa hari keluar darah saya cek UPT (19 Dis 2020) then saya dapati ada samar-samar 2 line, saya tak berpuas hati saya cek lagi kali kedua selang hari ke 3 dan saya dapati masih samar-samar 2 line tapi sedikit pekat, dan saya masih lagi tak berpuas hati saya cek lagi selepas seminggunya UPT yang ketiga dan masih lagi 2 line dan masih lagi samar-samar.
Pada 2 Jan 2021 saya cek upt dan saya dapati line pertama terang tapi line kedua tak ada (macam tak boleh baca)
Dan tadi 5 Jan 2021 saya cek negative hanya 1 line, line pertama tiada dan line kedua ada.
Ibu saya ada gen kembar, bapa saya pun ada gen kembar.
Saya tidak mempunyai sebarang penyakit.
Sekian terima kasih atas jawapan doktor, terima kasih juga kerana menjadi frontliner kami. Jasa anda amat kami hargai…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Faham kerungsingan anda mengenai ujian UPT yang berubah-ubah. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa keputusan ujian UPT boleh menjadi samar-samar:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan atau tarikh penggunaan telah luput
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Selain keputusan samar-samar, keputusan ujian positif juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kehamilan anggur
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Ubat-ubatan (sesetengah ubatan dapat meningkatkan hormon hCG)
- Sista ovari (ovarian cyst)
Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang lebih tepat, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.