
Sulit
4 tahun
Hb kurang animea doktor sutuh pergi hospital tambah darah
aslm…saya wanita yg berumur 27 tahun tgh hamil ank no3 saya nk tanye mula2 buka buku mirah hb saya 11.5 skrg kandunggan saya 30 minggu hb turun 10.8 boleh ke kalau saya nk rambah mkn ubt zincofer 2 biji sehari sebelum ni saya mkn 1 biji jer ada kah kalau tmbh mkn 2 biji hb akn naik…tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan tidak disertai dengan apa-apa gejala yang khusus saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital tempoh hari atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan yang berkesinambungan atau yang secara langsung dari doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- anemia sewaktu kehamilan
- kekurangan zat besi dalam tubuh
- gangguan pembuatan sel darah merah atau anemia
- kekurangan minum air, makan atau tidur sebelum menderma darah
- atau tanda-tanda awal penyakit kronik yang memerlukan rawatan doktor
Sementara menunggu sesi temu janji yang berikutnya oleh doktor anda, saya turut menyarankan puan agar:
- meneruskan pelan rawatan yang telah diberikan oleh doktor sebelum ini
- meningkatkan pemakanan yang tinggi kandungan protein & zat besi
- daging
- sayur hijau seperti bayam
- kacang-kacangan
- makanan laut
- mengambil suplemen besi
- meningkat senaman & eksesais rutin
- amalankan gaya hidup sihat
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.