
Anonymous
2 tahun
Hb rendah akibat kehilangan banyak darah
Sy sudah 3 hari keluar hospital akibat keguguran. Sehingga hari ni tidak boleh bangun kerana sakit kepala. Bacaan bh sy 8.5 apa perlu sy buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, bacaan hemoglobin yang rendah serta gejala sakit kepala ini boleh ditangani dengan makan suplemen asid folik, vitamin B12 dan zat besi serta minum air isoelektrolit. Namun sekiranya gejala sakit kepala, lemah dan anda mengalami demam semakin memburuk, anda perlu merujuk segera dengan doktor anda kerana anda mungkin kehilangan terlalu banyak darah ataupun dijangkiti kuman. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.