
Sulit
4 tahun
Hb selalu rendah dapat bacaan 9-10 saja
Saya wanita 20-an saya dapati hb saya sentiasa rendah. Saya ingin menderma darah tetapi selalu tidak lepas kerana kurang hb. Bacaan dalam lingkungan 9 ke 10 saja. Saya hanya pernah sekali je derma darah. Keluarga saya tiada penyakit keturunan yg kene mengena dengan darah. Adakah faktor pemakanan juga mendorong kepada kekurangan hb?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah anemia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira saiz tubuh mereka. Anemia adalah masalah kekurangan darah merah yang boleh disebabkan oleh kurang pengambilan zat besi dalam makanan (dari sayuran berdaun hijau), masalah pendarahan, pendarahan yang banyak seperti haid berlebihan atau berpanjangan.
Selain itu, masalah anemia boleh juga disebabkan oleh:
- Thalassemia
- Leukemia
- Penyakit hati
- Inflamasi kronik
- Pengambilan ubat yang boleh memusnahkan sel darah merah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.