
Sulit
3 tahun
Hcg rendah period tak teratur
Hi , saya disahkan mengandung dan sudah nampak kantung , period saya tak teratur , tapi setiap kali saya test upt sentiasa samar , adakah disebabkan hcg saya rendah ? bahaya ke utk kandungan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung.
Sebaliknya, untuk mengetahui apakah benar miscarriage berlaku, saya menyarankan anda untuk mendapatkan pendapat dari doktor yang lebih pakar.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon tidak stabil
- Cara penggunaan salah
Haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.