Anonymous
4 tahun
Heavy bleeding berterusan selepas keguguran
Isteri saya mengalami keguguran satu minggu yg lepas dan usia janin dalam waktu itu 3 bulan. Tapi, dia masih lagi mengalami sakit di rahim dan pendarahan sehingga lah sekarang. Boleh saya tahu punca nya dan cara paling terbaik untuk selesaikan masalah ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya tuan segera melakukan kunjungan ke doktor sekiranya pendarahan masih terjadi kerana dikhuatiri isteri anda mempunyai masalah perdarahan. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.