
Sulit
4 tahun
Hello doctor (denggi)
Ibu saya kena denggi sebulan yang lepas , ada kemungkinan virus akan ada lagi dalam darah ibu saya ? Sebab sekarang pukul 5 dia akan demam dan kaki lenguh . Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, seseorang yang mengalami jangkitan virus denggi akan mengalami jangkitan virus dalam darah (Viremia) pada 5-7 hari selepas pendedahan jangkitan kali pertama. Ia bermaksud bahawa pada 5-7 hari selepas gigitan nyamuk Aedes, darah mereka akan mengadungi virus yang sangat tinggi. Namun, selepas sekurang-kurangnya 14 hari daripada pendedahan pertama, badan anda akan menghasilkan antibodi semulajadi bagi melawan virus tersebut daripada merebak di seluruh kawasan badan dan secara langsung virus tersebut akan terhapus dalam darah.
Oleh itu, sekiranya ibu anda pernah mengalami demam denggi dan telah sembuh sama ada secara sendiri atau dengan bantuan rawatan simptomatik yang diperolehi darih hospital, maka virus tersebut telah terhapus dalam darah dan badan ibu anda secara kesulurhannya. Kajian juga mengatakan bahawa posibiliti untuk virus ini untuk datang kembali adalah mustahil akibat kewujudan antibodi yang sedia ada dalam badan demi mempertahankan diri daripda jangkitan baru.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami tidak pasti bahawa demam dan kaki lenguh yang berlaku khususnya waktu pagi adalah berkait dengan jangkitan denggi yang pernah dihadapi sebelum ini. Namun, kami sarankan anda untuk membawa ibu anda untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah kerana demam denggi boleh meninggalkan kesan dan komplikasi-komplikasi yang tertentu pada kesihatan badan anda, walaupun telah terhapus dalam badan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.