
Sulit
4 tahun
Hello doktor. Saya ingin tnya soalan kpd doktor. Nk tnya tentang cream miconazole untuk sapu pada zakar. Gatal pada bawah zakar dan menjadi tidak selesa serta kering dan mengelupas
Saya lelaki berusia 25 tahun. Zakar saya mempunyai masalah seperti kering, mengelupas dan pedih di bahagian bawah. Bolehkan saya menggunakan cream miconazole untuk sapu pada bahagian seluruh bahagian hujung zakar saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, miconazole cream adalah ubat sapu untuk masalah kulat pada kulit. Antara gejala yang merujuk kepada jangkitan kulat adalah seperti:
- Ruam merah dan kadang-kadang putih
- Tompok kulit yang berkilat pada zakar
- Kulit zakar mungkin lembap
- Terdapat cecair putih tebal di kawasan lipatan kulit atau boleh didapati di bawah kulup
- Gatal dan rasa terbakar pada zakar anda.
Untuk menjawab persoalan anda, saya sarankan untuk anda tidak menyapu ubat tersebut sebelum berjumpa dengan doktor bagi memastikan punca sebenar masalah anda. Anda mungkin dirujuk ke doktor pakar urologi jika perlu setelah berbincang dengan doktor. Doktor pakar urologi adalah doktor yang secara khusus merawat masalah yang berkaitan dengan saluran kencing lelaki dan wanita, dan juga sistem pembiakan lelaki orang. Anda juga boleh membuat janji temu dalam talian dengan doktor pakar melalui link ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.