
faieda61311
5 tahun
Hello dr… sy brumur 24 tahun… Saya ada masalah air kencing…. kalau sy tidak minum air masak nnti saya tidak boleh kencing … sebab dalam pundi kencing saya dah tiada air … apa patut saya buat?
Hello dr… sy brumur 24 tahun…
Saya ada masalah air kencing… kalau sy tidak minum air masak nnti saya tidak boleh kencing … sebab dalam pundi kencing saya dah tiada air … apa patut saya buat??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, air kencing ialah bahan kumuh yang telah ditapis oleh buah pinggang kita. Dengan minum banyak air masak, hal ini membantu menapis bahan kumuh dengan lebih baik lagi. Oleh itu, normal untuk minum air dan selepas itu buang air kecil.
Sekiranya anda kurang minum air, air kencing anda anak menjadi lebih pekat. Terdapat risiko berikut sekiranya anda kurang minum air kosong:
- Batu Karang
- Jangkitan salur kencing
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.