
Sulit
4 tahun
Hemorroids surgery dan mucosal prolpase
Hello doktor, saya baru menjalani pembedahan laser buasir dan stapler untuk mucosal prolapse satu minggu yang lepas. Masalah sekarang, setiap kali membuang air besar, saya mengalami kesakitan yang amat sangat dan rasa seperti nak pengsan walaupun najis sangat lembut tahap air sahaja. Adakah ini biasa? Tolong bantu saya untuk hilangkan rasa sakit ini sebab saya trauma untuk buang air besar. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang anda perihalkan di atas , masalah kesakitan yang sangat perit ketika membuang air besar walaupun najis cair dan telah melakukan pembedahan pembaikan buasir boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Terdapat luka jahitan pada kawasan yang dijahit pada kawasan dubur
- Jangkitan kuman pada kawasan luka atau kawasan jahit yang terlibat. Ia boleh menyebabkan keradangan pada kawasan sekeliling jahitan yang terlibat
- Jahitan yang tidak kukuh dan telah tercabut. Namun, anda akan merasai ketulan dubur yang terkeluar.
- Merupakan salah satu kesan pembedahan yang baru dilakukan. Sakit tersebut akan hilang apabila jahitan tersebut telah sembuh.
Pada pendapat kami, kemungkinan perasaan sakit anda ini adalah disebabkan oleh jahitan yang belum sembuh atas sebab pembedahan yang baru sahaja dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk memberi ia sedikit masa lebih bagi penyembuhan sepenuhnya. Jika anda masih mengalami perkara ini secara berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda untuk mengetahui komplikasi yang berlaku sejak pembedahan yang anda lakukan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah buasir anda hari ini.