nurshahayu88
6 tahun
Henoch schonlein purpura
Beberapa bln lepas, saya demam, selepas 3 4 hari saya demam, kaki sya tumbuh bintik2 merah, n bila saya admit d hospital, doktor cakap ia ada kaitan dgn imunisasi badan saya dan ia bertindak sementara shja, dan dianogsis dr Dr ialah ianya HENOCH SCHONLEIN PURPURA … 2 mggu lepas, saya demam lagi, dan bintik merah datang lagi, soalan saya, adakah bintik merah tu akan memberi sebarang effect ke atas badan sya, dan adakah ia akan menyerang saya lagi setiap kali saya demam? Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. HENOCH SCHONLEIN PURPURA (HSP) merupakan keadaan yang berlaku akibat autoimmunisasi. Faktor risiko seseorang individu mendapat penyakit ini masih lagi tidak diketahui.
Selalunya, HSP hanyalah penyakit sementara dan paling biasa ditemui dalam kalangan kanak-kanak. Pesakit buah pinggang dan mereka yang pernah menjalankan rawatan HSP menggunakan steroid untuk jangka masa panjang lebih berisiko untuk mendapat serangan kali kedua.
Anda dikehendaki segera ke doktor jika mengalami:
- Sakit perut
- Muntah dan loya
- Susah, kurang atau tidak buang air besar untuk lama
- Berdarah ketika buang air besar
- Kencing berkurang atau susah kencing
- Kencing berdarah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































