
Sulit
3 tahun
Hepatitis C dan Vaksin Covid19
Hi Doctor. Minggu lepas di Hospital Kerajaan, hasil pemeriksaan darah, doktor memberitahu positif Hepatitis C. Berjumpa dengan doktor pakar, doktor beri tarikh 28/09/2021 ini, untuk membincangkan pelan perubatan Hepatitis C tersebut. Belum tahu lagi apakah tahap hepatitis ini buat masa ini. Pada 18/09/2021 dapat pula temujanji untuk vaksin Covid19. Soalan saya, adakah selamat untuk menerima vaksin Covid19 ini sekarang?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda baru mengetahui anda menghidapi penyakit Hepatitis C dan ingin mengetahui jika anda boleh mengambil vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pesakit Hepatitis tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk akibat Covid-19. Pesakit Hepatitis digalakkan untuk mendapatkan vaksin untuk mengelakkan kesan buruk jangkitan Covid-19. Oleh itu, anda boleh menerima vaksin tersebut tanpa risau. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan penilaian tahap kesihatan anda dan kepastian jika anda boleh mengambil vaksin Covid-19. Tambahan lagi, anda juga perlu memaklumkan kepada petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah kesihatan anda sebelum menerima vaksin. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda oleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 ataupun hubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini