
Anonymous
2 tahun
Hernia(angin/air pasang)
As salam dr…sye muhammad aniq, mslah sye sering sakit blkg dkt dgn pggang, terasa lenguh kaki kiri dan ketara dkt peha…tp yg paling ketara apabila senak batu zakar…terkadang bwk kpd perut…sb jd sakit dan sukar bernafas…pnyakit ni sering trjadi apabila nak tidur malam…trsa sesak nafas…dan x lepas nk bernafas sb angin dalam perut tu rase seolah bnyak, dan mase sama senak batu zakar …dri sb ni jgklah…mgkin sb trjadi sukar nk bnfas dan terasa mcm senak dan pedih ulu hati…dan kwasan dada…dan trkadang lambat mkn jgk sb gastrik…dan gastrik memang ada sikit…tp pnyakit air pasang/uluran mgkin ada pada sye…slpas sy mngajukan msalah sy pada org² lama(tua) dan mereka syorkan supaya prgi hospital dan dapat pngesahan dri doktor tntang mslh ini…dan mereka jgk syorkan spya sye pergi mngurut pnyakit uluran(angin/air psang/hernia). Macamna tu dr. ?..trima kasih dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala sakit perut yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- batu karang dalam buah pinggang
- gastrik
- usus luka (peptic ulcer disease)
- gastrooesophageal reflux (asid perut naik atas
angin pasang, ataupun hernia lazimnya datang bersama dengan bengkak pada skrotum ataupun abdomen dan bengkak lebih besar apabila batuk. Hernia memerlukan pembedahan untuk merawatnya.
Oleh itu saya mengesyorkan anda untuk berjumpa pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.