Sulit
5 tahun
Herpes boleh merebak dari ibu kepada anak tak?
Saya ibu 28 tahun , menghidap penyakit kelamin. Belum ketahui jenis apa tapi kemungkinan besar herpes . Saya mempunyai anak umur 1tahun 5 bulan. Adakah anak akan dijangkiti penyakit ini? Sentuhan atau cuci kain dalam mesin yang sama? Bateria dalam kain yang dicuci bersama boleh merebak atau boleh hilang?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit kelamin seperti Herpes Simplex virus boleh merebak ke orang lain melalui perkongsian pakaian yang kotor dan dikontaminasi oleh virus. Oleh itu, anda disarankan supaya tidak berkongsi pakaian, tuala, berus gigi, pencukur atau barang peribadi dengan ahli keluarga jika anda didiagnosa dengan penyakit kelamin.
Anda juga dinasihatkan untuk mencuci pakaian dan tuala dengan menggunakan air suam dengan sabun dan juga menjemur di bawah matahari untuk membasmi kuman-kuman ini. Sentuhan tidak akan menjangkiti anak anda selagi permukaan kulit dia sempurna. Namun, dalam situasi di mana darah atau cecair badan anda terkena pada luka anak anda, ini berkemungkinan akan berjangkit.
Akhir sekali, anda turut dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dan ujian yang lebih lanjut supaya diagnosa yang tepat boleh didapati. Anda tidak digalakkan untuk memberi diagnosa kepada diri sendiri selepas mencari atas talian tanpa nasihat pakar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































