Sulit
5 tahun
Herpes genital pada isteri
Saya mengalami gatal2 pada faraj. Setelah berjumpa dengan doktor , beliau sahkan saya terkena jangkitan virus herpes. Beliau mengatakan bahawa ianya tidak teruk, hanya dua ke tiga biji sahaja. Soalan saya, bagaimana sy boleh dijangkiti sedangkan suami saya tiada penyakit tersebut? Adakah saya perlu melakukan ujian darah atau labtest untuk sahkan penyakit tersebut? Boleh senaraikan klinik atau hospital di kawasan selangor atau seremban yang ada perkhidmatan tersebut? Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, herpes merupakan penyakit kelamin. Terdapat 2 jenis herpes; herpes 1 and 2. Herpes di bahagian kemaluan selalunya herpes 2. Virus lazimnya berjangkit melalui persentuhan seperti hubungan seks. Selain itu ia juga boleh berjangkit dari ibu ke anak. Selain itu, virus ini sukar untuk merebak melaui perkongsian barang kerana ia tidak dapat hidup lama luar dari badan manusia. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain walaupun tidak ada simptom atau ruam.
Lazimnya dianosis herpes dapat dibuat dengan hanya melihat pada keadaan ruam anda kerana ia mempunya rupa unik yang tersendiri. Ujian lanjut seperti ujian darah hanya akan dilakukan sekiranya pakar perubatan anda tidak pasti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































