
Sulit
3 tahun
Herpes stromal keratitis
Hi. Saya disahkan menghidap penyakit herpes stromal keratitis (herpic eye)
Saya dikategorikan sebagai tidak layak untuk divaksin kerana pada pengetahuan saya, virus herpes termasuk dalam kategori radang saraf tunjang.
Tetapi apabila saya bertanyakan doktor ophtal, mereka mengambil ringan keadaan kesihatan saya kerana saya juga mengalami simptom ‘Transverse Myelitis’ dan jawapan yang mereka beri adalah penyakit Transverse Myelitis belum established.
Saya telah meminta doktor untuk rujuk saya di pakar neurologi tetapi mereka merujuk saya ke orthopedik walaupun saya telah memberitahu saya pernah dapatkan rawatan di orthopedik tetapi mereka tidak dapat mengenalpasti apa punca saya selalu kebas-kebas seluruh badan.
Apakah penyakit ini tidak diambil berat ?
Saya bertanya kerana saya perlu mendapatkan pengesahan doktor yang yakin bahawa saya selamat divaksin dan apakah cadangan yng bernas yang perlu saya lakukan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garis panduan vaksinasi terkini, penyakit Transverse Myelitis adalah kategori berisiko tinggi sebab radang saraf. Anda tidak layak untuk terima vaksinasi sekiranya gejala dan penyakit anda tidak dikawal dengan baik.
Sekiranya transverse myelitis anda telah dikawalkan dan anda tidak bergejala, setelah rujukkan daripada doktor anda, anda boleh terima vaksin Covid berjenama Pfizer (Cominarty). Vaksin jenama lain tidak dicadangkan sebab kurang laporan dan bukti saintifik menunjukkan keselamatannya untuk penyakit ini.
Selain itu, untuk herpes stromal keratitis, sila merujuk kepada doktor anda untuk mengesahkan rancangan rawatan anda. Sekiranya rawatan anda tidak mengandungi steroid atau perubatan berupaya mempengaruhi sistem imuniti anda, mungkinnya anda boleh terima vaksin.
Namun, Transverse Myelitis adalah penyakit anda perlu ambil beratkan, sebab anda tidak akan layak untuk divaksin sekiranya penyakit ini tidak dikawalkan. Kami menyarankan anda merujukkan masalah anda kepada doktor untuk dapatkan periksaan dan penyelidikan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincangkan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Tulang.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini