
Sulit
3 tahun
Herpes Virus Di Kemaluan
Hi Doctor, 2-3 saya kencing rasa sakit sangat sampai saya tak tahan dAN 24/6 saya terus jumpa doctor Di klinik … saya hanya bagitahu bahawa saya hanya sakit apa bila saya nak kencing, doctor bagi saya chek air kencing dan results air kencing saya sangat kotor , doctor bagi saya ubat antibiotic . Saya balik dari rumah saya demam panas , letih saya makan ubat yang doctor bagi tetapi 25/6 saya bngun tidur saya sakit Di bahagian kelangkang dAN saya nampak ade biji putih gelembung sangat2 sakit … bile petang biji pecah sakit pedih sangat rasa seksa sangat2 , 27/6 makin banyak yang pecah , saya sangat seksa untuk nak buat kerja harian saya , nak kencing , nak duduk , nak baring semua tak selesa . Hari Ni jugak saya datang period dan menyebabkan luka yang pecah lagi tambah pedih and sakit bila terkena air atau darah saya . Boleh doctor bagithu bagai mana dia boleh terjadi ? berapa lama saya nak tahan sakit dAN macam mana nak cepatkan sembuhnya ? Terima kaih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah luka yang disebabkan biji-biji yang tumbuh di bahagian kemaluan anda pecah. Kami akan cuba membantu anda.
Biji-biji di kemaluan anda, boleh disebabkan oleh beberapa masalah seperti:
- Jangkitan penyakit herpes
- Nanah pada kemaluan
- Jangkitan penyakit seksual yang lain
- Jangkitan pada folikel rambut di bahagian kemaluan
Untuk merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor agar rawatan boleh diberikan.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.