
Sulit
4 tahun
Hi doctor, saya berumur 23 tahun, saya mempunyai masalah haid tidak teratur sejak awal tahun ini. Sejak dua hari yang lepas saya perasan ada discaj bewarna coklat gelap dan texture agak stringy selepas saya membuang air kecil
Untuk makluman, berat saya ialah 88kg, tinggi 160cm. saya ada mengalami pms seperti sakit pinggang dan bahagian bawah abdomen tetapi tidak didatangi period… Saya bimbang akan hal ini dan ia juga mnganggu keyakinan ibadah solat. Terima kasih, harap persoalan saya terjawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.