
Sulit
4 tahun
Hi, saya wanita usia 24 tahun. Apa fungsi sebab masalah loya tekak? Saya makan seperti biasa, tetapi hari ini saya bangun tidur minum air suam 1 gelas terdahulu selepas tu mula terasa loya di tekak
Hi, saya wanita usia 24 tahun. Apa fungsi sebab masalah loya tekak? Saya makan seperti biasa, tetapi hari ini saya bangun tidur minum air suam 1 gelas terdahulu selepas tu mula terasa loya di tekak

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf cik, oleh kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas, saya tidak dapat mengenal pasti masalah yang dialami secara jelas.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Namun, gejala loya umumnya boleh disebabkan oleh:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Sakit tekak pula lebih sering berpunca akibat dari jangkita kuman atau inflamasi di kawasan tekak.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.