Anonymous
6 tahun
Hiccup yang berlarutan
Salam doc…sy selalu mengalami masalah sedu…kadang2 boleh melarat smpai 2,3 hari…sampai boleh rasa sakit di bhgian dlm dada n tekak…apekah mnyebabkan msalah ni doc…sy ade rujuk kt klinik panel doc sana ckp sy kena gastrik…ape pnca blh jdi sedu ni?ke ade masalah lain?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
Gangguan sistem pencernaan, seperti gastritis
Gangguan saraf, misalnya akibat peradangan saluran nafas, dan barah di leher.
Gangguan pada otak, seperti stroke perdarahan, radang dan infeksi otak
Gangguan jantung, contohnya serangan jantung dan peradangan selaput jantung.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




































