
Anonymous
5 tahun
Hidung Berdarah akibat stres
Rakan saya mudah menghadapi stres tinggi sehingga menyebabkan dia sakit kepala dan hidungnya berdarah. Adakah ia boleh menyebabkan penyakit kronik ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang rakan anda alami boleh disebabkan:
- Tekanan darah tinggi
- Masalah pembekuan darah
- Sakit kepala berkelompok
- Penyakit auto-imun seperti Wegener
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.