
shemaetie83
5 tahun
Hidung berdarah dan pening kepala
Anak saya berusia 10 thn dan kerap berdarah hidung secara tiba-tiba sebelum ini. Dalam beberapa hari kebelakangan ini dia mengadu pening kepala dan apabila bangun dari duduk dia seperti mahu pengsan. Dia juga mengadu pening apabila suasana bising atau mendengar suara yang kuat. Bole saya tahu apa sebenarnya yang dialami anak saya kerana saya berasa risau apabila dia menangis ketika sakit kepala menyerang…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi anak anda.
Sakit kepala berterusan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Secara am nya, untuk mengurangkan kesakitan ini, anda boleh memastikan anak anda melakukan beberapa perkara ini :
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan untuk memeriksa mata
- Banyakkan minum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan doktor sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.