aininrdin23
4 tahun
Hidung berdarah dengan kerap
Hi, doc nama saya aini. Saya hanya ingin bertanya… Sejak dua bulan lalu hidung saya kerap berdarah. Bulan lepas dlm seminggu dua kali hidung saya berdarah dengan kuantiti yg banyak… Ini bukan pertanda penyakit yang serius kan doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan apa yang encik cerita , Encik mempunyai masalah ‘epistaxis’ atau lebih dikenali dengan nama hidung berdarah (Nose Bleed). ‘Epistaxis’ merupakan sebuah keadaan di mana berlaku kecederaan kepada saluran darah dalam hidung yang menyebabkan berlakunya pendarahan seperti ini.
Antara punca utama berlakunya masalah ini yang sering kali dialami oleh masyarakat sekalian ialah
- menghembus terlalu kuat
- cuaca persekitaran panas terik
- masalah jangkitan bakteria atau virus
- trauma kepada bahagian hidung
- pertumbuhan luar biasa dalam hidung
Oleh itu, saya nasihatkan encik melakukan kaedah mudah seperti memicit hidung selama 5 hingga 10 minit untuk berhentikan pendarahan atau encik juga boleh meletakkan ais pada hidung dan ini juga boleh membantu menghentikan pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.